Saya mengesahkan maklumat yang diberikan adalah tepat dan bersetuju dengan terma berikut:
Pendaftaran sah selepas bayaran penuh disahkan. Setiap tiket sah untuk seorang peserta sahaja.
Bayaran tidak dikembalikan bagi pembatalan atau ketidakhadiran atas sebab peribadi. Pertukaran peserta perlu dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program.
Bagi tiket fizikal: Makan tengah hari sahaja disediakan. Tiada rakaman sesi disediakan.
Bagi tiket online: Penyertaan melalui livestream tertutup, termasuk akses rakaman bertempoh. Tempoh akses rakaman akan dimaklumkan oleh pihak penganjur. Tiket online tidak termasuk kehadiran fizikal di dewan.
Pautan livestream dan rakaman adalah untuk peserta berdaftar sahaja dan tidak dibenarkan dikongsi dengan pihak lain.
Sebarang perubahan program akan dimaklumkan melalui saluran rasmi. Jika program dibatalkan atau ditunda oleh penganjur, pilihan bayaran balik atau pemindahan tiket akan diberikan.
Maklumat peserta digunakan untuk urusan pendaftaran dan komunikasi berkaitan program.
PENTING:
Sila semak emel pengesahan, termasuk folder Spam/Junk, dan sertai Group Info Peserta di Telegram melalui pautan yang akan diberikan setelah mendapat pengesahan untuk mendapatkan tentatif serta makluman terkini. Bagi peserta online, maklumat akses livestream dan rakaman bertempoh akan dimaklumkan melalui group tersebut.
Dengan menghantar borang ini, bermakna anda bersetuju dan tertakluk kepada terma dan syarat di atas.